Sunday, 14 October 2018

KEPENTINGAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN

BAB 2 

setiap profession pekerjaan mempunyai kepentingan dan kelebihan yang tersendiri. begitu juga dengan profession seorang guru. antara kepentingan proffesion guru ini adalah dapat menambah ilmu pengetahuan. disamping untuk mengajar anak murid secara automatiknya guru juga turut sama belajar. selain itu, dapat meningkatkan produktiviti dengan pengurusan yang cekap. sekiranya guru membuat kerja sambil lewa maka produktiviti terhadap sekolah dan anak murid tidak akan meningkat.

Thursday, 11 October 2018

KPS3014


PENGENALAN KURSUS KPS3014 : PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Kursus KPS3104 ini bermatlamat untuk melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan terhadap perkembangan pendidikan negara. Pengetahuan yang diperoleh menerusi pertemuan bersemuka dapat diperluaskan oleh para pelajar menerusi pembacaan, perbincangan, perdebatan dan penerokaan. Kerja kursus merupakan sebahagian dari proses pembelajaran para pelajar dalam kursus ini yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan intelektual, pemikiran  kreatif & kritis dan pembinaan sahsiah profesional sebagai seorang guru berwibawa.  Panduan kerja kursus ini diharapkan dapat membantu para pensyarah dan pelajar untuk melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus ini. Di akhir pemblajaran subjek ini pelajar akan dapat :


  • membincangkan faktor-faktor pengurusan pembelajaran yang berkesan. 
  • Mengorganisasikan prinsip dan amalan pengurusan yang bersesuaian dalam menguruskan pembelajaran. 
  • Mewajarkan pengurusan pembelajaran yang dilaksanakan.
  • Mengamalkan pengurusan pembelajaran dalam situasi yang pelbagai.