PENGENALAN KURSUS KPS3014 : PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Kursus KPS3104 ini
bermatlamat untuk melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan terhadap
perkembangan pendidikan negara. Pengetahuan yang diperoleh menerusi pertemuan
bersemuka dapat diperluaskan oleh para pelajar menerusi pembacaan,
perbincangan, perdebatan dan penerokaan. Kerja kursus merupakan sebahagian dari
proses pembelajaran para pelajar dalam kursus ini yang bertujuan untuk
meningkatkan keupayaan intelektual, pemikiran
kreatif & kritis dan pembinaan sahsiah profesional sebagai seorang
guru berwibawa. Panduan kerja kursus ini
diharapkan dapat membantu para pensyarah dan pelajar untuk melengkapkan proses
pengajaran dan pembelajaran bagi kursus ini. Di akhir pemblajaran subjek ini pelajar akan dapat :
- membincangkan faktor-faktor pengurusan pembelajaran yang berkesan.
- Mengorganisasikan prinsip dan amalan pengurusan yang bersesuaian dalam menguruskan pembelajaran.
- Mewajarkan pengurusan pembelajaran yang dilaksanakan.
- Mengamalkan pengurusan pembelajaran dalam situasi yang pelbagai.
No comments:
Post a Comment