SOSIOLOGI PENDIDIKAN

Sosiologi merupakan satu skop yang sangat luas dalam konteks ini. Sosiologi ini dapat ditakrifkan sebagai satu kajian sistematik dan saintifik tentang interaksi manusia dalam masyarakat dari pelbagai sudut. Kajian sistematik dan saintifik ini sangat penting kerana didalam pendidikan ia mempunyai ciri sains. ini kerana para pendidik hendaklah mengetahui peranan mereka dalam dunia sosial seperti pengetahuan am, dunia dan semasa. Dalam segi pendidikan ia dikelilingi dengan umsur kemanusiaan. masyarakat adalah satu kelompok dan populasi yang sering berhubung dan membentuk jalinan sosial. oleh hal demikian, sosiologi dan pendidikan adalah satu perkara yang tidak boleh dipisahkan dan saling bergantung antara satu sama lain.

Di dalam sosiologi pendidikan ini wujudnya perspektif terhadap teori sosiologi pendidikan. di dalam teori ini ia menggunakan 3 teori utama iaitu : 

  • teori fungsionalisme 
  • teori konflik 
  • teori interaksionisme simbolik
saya akan menerangkan lebih lanjut tentang teori utama dalam sosiologi pendidikan ini : 


TEORI FUNGSIONALISME ::

Antara tokoh utama Emile Durkhiem, Talcott Parsons, Robert Merton dan Jeffrey Alexander. teori fungsionalisme ini menerangkan bahawa manusia adalah satu tubuh yang terdiri daripada anggota badan yang berfungsi dan memainkan peranannya. setiap bahagian mempunyai peranan yang tersendiri. bahagian ini termasuklah untuk memenuhi kehendak, keperluan asas dan lain-lain. mana-mana bahagian yang tidak memainkan peranannya maka ia dianggap tidak berfungsi. struktur sosial ini yang menentukan kelancaran dan keharmonian sistem sosial masyarakat. 

TEORI KONFLIK ::

Teori konflik adalah teori yang memandang bahwa perubahan sosial tidak terjadi melalui proses penyesuaian nilai-nilai yang membawa perubahan. teori ini menganggap konflik ini adalah satu aspek utama dalam kehidupan masyarakat, ia mungkin tidak dapat dipenuhi sepenuhnya. teori ini akan menyatakan berlakunya konflik dalam kelompok masyarakat.

TEORI INTERAKSIONALISME SIMBOLIK ::

Di dalam kehidupan, interaksi sosial adalah sangat penting bagi menghubungkan manusia dengan dunia luar. sebagai contoh orang Malaysia dapat mengetahui tentang kehidupan orang Rusia dengan melalui interaksi. teori ini juga menyatakan bahawa manusia mampu mengetahui kemampuan masing-masing dan bertindak atau berfungsi mengikut kehidupan masyarakat. ia juga mengkaji makna tersurat dan tersirat melalui teori ini. oleh yang demikian, jalinan interaks dan aksi akan membentuk jalinan masyarakat. 



No comments:

Post a Comment