PENGENALAN
*DEFINISI*
- menurut Khairul Yusri (2007) menyatakan bahawa perbezaan pelajar ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek pembangunan dan perkembangan secara fizikal, mental , emosi dan keupayaan dalam kalangan pelajar
- menurut pandangan Tang (1993) menyatakan bahawa perbezaan pelajar adalah satu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
*TEORI & KONSEP*
- pemulihan
-penggayaan
-kecerdasan
-keperluan khas
*PEMULIHAN*
-pemulihan adalah aktiviti untuk membaik pulih sesuatu perkara bagi memperbaiki taraf sesuatu atau seseorang. konsep pemulihan adalah salah satu usaha pihak kementerian pendidkan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah. dari aspek falsafah, rasional pendidikan pemulihan adalah untuk memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. dari sudut pencegahan, masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin meyulitkan jika tidak ditangani dengan segera.
*PENGGAYAAN*
- konsep penggayaan merupakan sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar bertujuan memberi peluang kepada pelajar mengembangakan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. penggayaan dilaksanakan selepas mereka berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu seperti membaca, menulis dan mengira.
*KECERDASAN*
- mengikut pandangan tradisional, kecerdasan seorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan dan ia meliputi hanya tiga bidang iaitu bahasa, matematik dan visual/spatial. kecerdasan terbahagi kepada beberapa konsep iatu verbal linguistik. logik matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan natural.
*KEPERLUAN KHAS*
- konsep kanak-kanak pelbagai kecerdasan dan berkeperluan khas juga dikenali sebagai kanak-kanak istimewa kerana keadaan mereka adalah berbeza disebabkan oleh faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan diri, fizikal, otak dan emosi mereka yang tidak sama dengan kanak-kanak biasa. lazimnya, keupayaan maksimum mereka dalam semua bidang jauh berkurangan daripada kanak-kanak biasa. antara klasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas ialah kurang upaya mental (kerencatan akal) , bermasalah pembelajaran(learning disabilities), kecelaruan tingkah laku (behavioural disorders), cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi, cacat penglihatan, cacat fizikal dan kesihatan serta pintar dan cerdas.
KESIMPULAN :
- pendidikan khas adalah satu cabang perkhidmatan pendidikan yang disediakan untuk murid berkeprluan khas. bidang ini sedang berkembang pesat seiring dengan perkembangan sistem pendidikan negara. selain perkhidmatan di sekolah pendidkan khas dan program pendidkan khas integrasi, pendekatan pendidikan inklusif juga dilaksanak di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif hubungan positif antara guru dan murid adalah penting. sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. bagi murid berkeperluan khas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara/ tugasan yang sangat diminatinya.

No comments:
Post a Comment